Friday 31 July 2009 0 comments
Soalan cepugangsa hari ini..

Mengapakah kucing ini menunjukkan reaksi sebegini rope..?
A- berjaya menangkap mak tikos kat blakang almari
B- terlebih makan petai kat warung pak dol
C- saje2 acting nak masuk program realiti 'Anak Wayang' ASTRO
D- ntahla..aku pun tak tahu..

Owh tidaaaakk..bukan itu jawapan yang kite cari2..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaa....tekalah sape yg dapat handpon ni...ekekekeke
Akhirnya..setelah sekian lama ber angan2 ala2 mat jenin..dapat gak me phone ni..

hehehehe..alhamdulillah..


*terima kasih kepada Mr. Kucing kerana membantu menjayakan popkuiz cepugangsa ini..
sekian, mekasih..


TAG dari Kart

Wednesday 29 July 2009 0 comments
Me dapat TAG lagi dari kawan me KARTINA ABD KADIR
http://wanzfamilys.blogspot.com/
Yang hari tu pun tak sempat nak jawab..dah bagi lagi..hehehe
Takpe2..kali ni aku try jawab ehh..huhuhu



Nama penuh : NORMALAWATI MOHD SAID
tarikh lahir : 2 JUN 1982
tempat lahir : HOSPITAL BESAR KLANG
tempat anda dibesarkan : KLANG BANDAR DIRAJA
Soalan2nya ialah
1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Nora..sampai skrg me rindu sgt nak jumpe ngan dia. Me kawan ngan dia since tadika tapi lepas darjah 3 dia pindah ke johor..
2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
isyk..banyak sangat..me suke main ting2, pondok2, main kapal2..macam2 la..byk sangat n tak ingat.
3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
" aku tak nak kawan ko lagi! " ala..mulut je cakap camtu, tak sampai seminit dah kawan balik..hehehe..biasala, budak2 hingusan..
4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
atas pokok..percaya tak? hehehehe..kat kawasan umah me dulu ada byk pokok duku, so setiap sorang akan cop pokok masing2. Konon2nye pokok tu kapal kiteorang la..pastu tembak musuh2 yang lalu kat bawah ngan buah duku atau jambu kecik..huhuhu..
5.Apakah cita-cita anda masa kecil?
cita2 ku..huhuhuhu..nak gi JEPUN jumpe Ultraman
6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
SMURF, Ultraman (patut la put3 suke sgt tgk citer ultraman), Kastria Baja Hitam.. 7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
ntah la, me main makan je..lagipun smua makanan ringan me panggil JAJAN
8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
NORA..katne la ko skrang erk?
9.Apakah gelaran anda masa kecik?
ni tak dapek la nak jawab..Secret n Confidential...huhuhu..malu u..
10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
Sesaper jer buleh..


Mama Rindu Banget..

Monday 27 July 2009 0 comments
Entry kali ni me saje upload picture budak duorang nih..
Mama rinduuuu banget ngan naufal & kakak..
Terima kasih kerana menjadikan hidup mama indah..








Naufal demam..

Sunday 19 July 2009 0 comments


Me perasan Naufal demam sejak malam semalam..
ubat demam dah bagi tapi masih tak kebah. Start dari pukul 3am
me berjaga tgk Naufal..asyik menangis tak berenti2..risau tul hati me.
Me tak keje hari ni n terpaksa amik cuti. Mak me tak sihat n tak larat
nak jaga Naufal. Satu hari Naufal tak makan n minum susu, me suap pun
dia tolak n trus menangis tak berenti. Bila me check, baru la me perasan
ada ulser kat bahagian lelangit naufal. Malam tu, me trus bawak naufal
gi klinik.. n now alhamdulillah Naufal dah ada selera nak makan balik..
*Sila abaikan dan jgn hiraukan pic yg kat hujung tu ye..
Budak tu memang tak makan saman..



Mama..put3 nak pampers..

0 comments



Perbualan antara mak dan anak di suatu pagi nan haru..
Put3 : Mama, kakak nak pampers
Mama : Nak buat ape?
Put3 : Baby kencing, kakak nak tukar pampers (baby merujuk kpd anak patung)
Mama : gi amik dalam bilik..amik pampers adik yang kecik ye..
Put3 : a'ah ye mama..
15 minit me tggu n terkejutnya me bila masuk bilik tengok si Put3 tengah..isyk..isyk..
Yaaarabbi..kakak..itu pampers mama!!
Suatu pagi yang indah untuk dikenang..
Sekian..terima kasih..
wakakakaka...








Budak Yang Paling Menjengkelkan..

Friday 17 July 2009 0 comments



Tak puas hati tul ngan budak ni..
kalu bercakap takmo berenti..bercakap jer..
isyk..isyk..sape la mak budak ni ye..(hehehehe)



Michael Jackson Funeral ~ King of Pop is dead died at age 50

Wednesday 8 July 2009 0 comments

http://www.youtube.com/watch?v=lgZPydu6jH0

Wuarrgghhh..ngantuknyer...pagi tadi berjaga tengok majlis penghormatan terakhir untuk Michael Jackson kat channel 'E' (ASTRO)..mmg sedih & meruntun jiwa..me sebak bila best friend beliau (Brooke Shield) citer pasal kenangan dia ngan Michael Jackson curi2 masuk dalam bilik Elizabeth Taylor utk try wedding gown Elizabeth Taylor tu.. Then abang beliau Jarmaine Jackson menyanyi lagu feveret beliau..'Smile'..mmg sedih giler..lagi2 bila anak dia (Paris) buat ucapan terakhir untuk ayah kesayangan dia..menangis me dibuatnya..Tapi yang me musykil cara penghormatan terakhir tu diberikan..cam tak menghormati beliau seorang muslim..siap ada lagu pasal 'JESUS' lagi..Tapi..betul ke Michael Jackson @ Mikael tu dah memeluk islam? Jawapannya hanya Allah S.W.T je yang tahu..tapi jika ya..Alhamdulillah & Al-Fateha untuk beliau.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..


Related Posts with Thumbnails